Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
-------------------------------------------------
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
لن نبال للقيود بل سنمضى للخلود
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
فلنجاهد ونناضل ونقاتل من جديد
غرباء ... هكذا الأحرار في دنيا العبيد
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
كم تذاكرنا زمانا نحن يوم كنّا سعداء
بكتاب الله نتلوه صباحا أو مساءا
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
غرباء ولغير الله لا نحنى الجباة
غرباء وارتضيناها شعارا للحياة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
إن تسأل عنّا فإنّا لا نبال بالطغاة
نحن جند الله دوما دربنا درب الأباة
-------------------------------------------------
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
Ghurabaa`, ghurabaa`, ghurabaaa` ghurabaa`
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : بدأ الاسلام غريبا وسيعود غريبا كما بدأ فطوبى للغرباء
The Prophet SAW said "Islam began as something strange, and it will return as something strange the way it began. So glad tidings for the Strangers"
Ghuraba - The strangers
FArah | Monday, November 23, 2009 | | 0 comments
DEMAM Lailatul Qadar
FArah | Monday, September 14, 2009 | | 3 comments
Salam..
Ini mungkin post yang akan orang katakan..
" ala..dah banyak kali da aku bace.."
Walaupun begitu..saya NAK post juga..haha.
Hari ini adalah malam ke 23 ramadhan..
Dah lame rupenye kita berpuasa..
Dalam bulan puasa sepertimana yg kita tahu telah dikurniakan malam yang sangat dinanti-nantikan iaitu Malam Lailatul Qadar..
Sudahkah anda DEMAM LAILATUL Qadar?
Pelbagai jenis demam kita pernah dengar
DEMAM AF
DEMAM PEPERIKSAAN
DEMAM BOLA
dan macam_macam lagilah
Disini saya nak tambah satu lagi DEMAM yang penting
DEMAM Lailatul Qadar
KENAPA TIDAK ?
Jom kita ramai ramai DEMAM LAILATUL QADAR
Kalau kita dah demam Lailatul Qadar
Kita sanggup berjaga malam dan stay up beribadah ..insyaAllah.
Kita sanggup tak tido malam dan mengharap keredhaan ALLAH
Kita sanggup mengenepikan kerje kerje lain yang tak bersangkut paut dengan ibadah
SEBAB..
ALLAH hanya kurniakan satu malam sahaja Lailatul Qadar
YANG malamnya lebih baik daripada seribu bulan
Dan ganjarannya tak terjangkau oleh kita
JANGAN..
Hanya duduk baca sahaja
BANGUN + AMBIL WUDUK + BETULKAN NIAT
Dan tunaikanlah hak ALLAH..
Adakah ANDA yakin anda masih hidup untuk berjumpa lagi dengan RAMADHAN?
Saya pun tidak pasti..
Kehebatan Malam Al-Qadr
1. Malam berkat diturunkan AL QURAN
2. Dituliskan qadar (ketentuan)
3. Malam yang lebih baik daripada 1000 malam
4. Turunnya Malaikat + Ruh
5. Malam yang sejahtera
6. Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan ikhlas dan mengharap redha Allah
-->RUJUK http://www.zaharuddin.net/
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi..
Jom ramai ramai kita DEMAM LAILATUL QADAR..
INSYAALLAH..
Moga Allah meredhai apa yang kita kerjakan..
Bersediakah KITA?
FArah | Saturday, August 15, 2009 | | 3 comments
Salam
Dalam mencari kesenangan di dunia..
Kita kadang-kadang lupa bahawa tujuan sebenar kita berada disini..
Adakah Allah menciptakan kita sekadar suka-suka?
TIDAK sama sekali!
Setiap makhluk yang Allah ciptakan masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka sendiri..Adakah kita lupa? Buat-buat lupa? atau TIDAK TAHU!
Firman ALLAH S.W.T:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." -Surah az-Zariyat: 56
Adakah kita hidup selama-lamanya?
Tentulah jawapannya TIDAK!!
Kita akan menemui PENCIPTA kita akhirnya..
Tak kiranya berapa lama jangka hayat kita..
Kita pasti menemuiNYA..
Saya ingin bertanya kepada anda...
Apakah nikmat yang paling BESAR pernah anda dapat didunia ini?
MAkanan yang SEDAP?
MEndapat KEJAYAAN dalam exam?
Sesungguhnya ingatlah...
NIKmat menemui Allah YANG MAHA AGUNG ..nikmatnya tidak dapat ditandingi oleh semua nikmat di bumi ini..MASYAALLAH..
So, jom kita kejar NIKMAT yang paling besar..
iaitu berjumpa ALLAH YANG ESA.
InsyaAllah..
Sesungguhnya kita masih tidak pasti adakah kita masih lagi bernafas pada hari-hari yang mendatang..
Tetiba teringat kata-kata ini..
"Berusahalah umpama anda akan hidup seribu tahun lagi..dan beribadahlah umpama anda akan mati ESOK."
Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda:
"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang bertanya: "Apakah kerana kami sedikit ketika itu?" Nabi S.A.W. menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN'." Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu hai Rasulullah?." Nabi lalu menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati."
Hadis riwayat Abu Daud.
Mengapa MENULIS?
FArah | Monday, July 27, 2009 | | 2 comments
Satu persoalan yang sering berlegar dalam fikiran saya bila ingin menulis blog
KENAPA KAMU MENULIS?
satu pertanyaan yang simple tapi sebenarnya mempunyai banyak ertinya
adakah kamu menulis sebab TERPAKSA?
IKUT TREND? dan lain-lain sebab..
Terpulang pada setiap individu untuk menulis..
Kerana insyaAllah setiap orang ade kelebihan masing-masing..
Mungkin kita tidak sedar ataupun belum pasti kelebihan kita itu..
Walau apapun post yang kita tulis..
InsyaAllah akan memberi kebaikan kepada sesiapa sahaja yang membacanya..
Antara sedar atau tidak, kadang-kadang kita lupa untuk siapa kita menulis..
Adakah untuk kawan, ibubapa, saudara atau diri sendiri..
Tetapi.. kita lupakah anda tentang tanggungjawab kita..
Menulislah kerana Allah..
BUkankah semua ini adalah milik Allah..
Renung-renungkanlah..;)
" Allah did not promise that the way would be easy. But He did promise that He would be with u in every single steps of your life as long as you want Him to."
Dan janganlah engkau berkata...
FArah | Wednesday, July 15, 2009 | | 5 comments
Salam
setelah lama tidak menulis
cume ingin meluahkan ketidakpuasan hati ini..huhu..
Tak tahu dimana silapnya, kalo kite lihat budak-budak zaman sekang amat berlainan
Jika dulu kita amat menyanjungi insan bergelar GURU..
Jika A kata GURU maka A lah..
Adakah kerana PEMAKANAN?
Adakah kerana PERSEKITARAN?
Adakah kerana IBUBAPA?
atau adakah kerana GURU?
BUkan menunding jari..
Kerana kadang-kadang satu jari ditunding kepada orang lain,
10 jari akan terTUNDING kepada kita..
Cume ingin bertanya..MENGAPA?
Bukankah GURU ibarat ibubapa kita?
Saya teringat kata-kata guru saya..
Dengan hanya memandang muka ibubapa atau guru kita, kita akan mendapat pahala..
Alangkah Pemurahnya Allah S.W.T..
“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada−Nya semata−mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua−duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan−santun).”
(Surah al-Isra’: Ayat 23)
Melihat tentang ajaran Al-Quran yang tidak diamalkan 100 %
Al-Quran bukan sekadar hiasan, bukan sekadar bacaan untuk menghalau jin dan syaitan
TETAPI adalah penawar hati..untuk diAMALkan..InsyaAllah
p/s: maaf jika pernah menyakiti hati seorang GURU.
Inilah Kehidupan
FArah | Wednesday, June 03, 2009 | | 3 comments
Kesenangan mendatang tak akan selamanya,
begitula selepas susah ada kesenangan,
seperti selepas malam datangnya siang,
oleh itu waktu senang jangan lupa daratan..
Gunakan kesempatan untuk kebaikan,
sebelum segalanya terlepas dari gegaman,
kelak menyesal nanti tak berkesudahan,
apa gunanya sesalan hanya menekan jiwa..
Jangan difikir derita akan berpanjangan,
kelak akan membawa putus asa pada tuhan,
ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
setelah kabus berlalu pasti cerah kembali..
Ujian adalah tarbiah dari Allah,
apakah kita akan sama ataupun sebaliknya,
kesenangan yg datang selepas kesusahan,
semuanya adalah nikmat dari Tuhan..
Munsyid : Inteam (duet bersama Nazrey Raihan)
http://liriknasyid.com
Seorang Muslim Adalah Saudara Seorang Muslim المسلم أخو المسلم
FArah | Tuesday, May 26, 2009 | | 3 comments
Untuk peringatan kepada diri sendiri dan saudara seISLAMku..
Lihatlah bagaimana keadaan umat Islam..
Di Algeria, Chechnya, Palestin dan lain-lain tempat dimana umat Islam turut berada..
Mereka juga saudara kita..
ALGERIA (1845-1963)
1.5 juta orang awam dibunuh tentera Perancis.
KASHMIR
1947- Pembunuhan beramai-ramai kaum muslim di Kashmir bermula
3370 disiksa sehingga mati.
Lebih 100 000 dipenjara tanpa perbicaraan.
Beribu-ribu wanita dirogol.
70 000 syahid.
BOSNIA
PBB serahkan Bosnia pada pihak Serb.
Ucapan Ratko Maldic: Ketua Tentera Serbia
“Hari ini pada 11 Julai 1945, di Sebrenica Serbia, ketika Serbia akan menyambut Hari Sucinya, kami menyerahkan negara ini( Bosnia) pada Serbia. Sebagai peringatan kepada penentangan terhadap kaum Turki, masanya sudah tiba untuk MEMBALAS DENDAM TERHADAP KAUM MUSLIMIN!"
Pembunuhan beramai-ramai di Sebrenica
8373 orang TERBUNUH!
CHECHNYA
1992- Pembunuhan beramai-ramai Rusia terhadap kaum Muslimin di Chechnya
Ratusan perkampungan dimusnahkan , serta perbunuhan berleluasa termasuk penyiksaan , perkosaan dan penculikkan.
TURKI HARI INI
Pakaian Islam DILARANG!
PALESTIN
1924- Kejatuhan Sistem Khilafah
November 1974 – PBB deklarasi pemecahan Palestin. Sebuah kerajaan sementara bagi Yahudi ditubuhan dengan SOKONGAN dan BANTUAN dari PBB di Palestin.
1948- Israel dideklarasi dan Muslimin diusir.
“Dr Yusuf Al-Qaradawi menyatakan:“Satu riyal yang digunakan untuk membeli barangan Amerika bersamaan dengan sebutir peluru yang akan digunakan oleh tentera Zionis untuk membunuh anak kecil di Palestin.”Inilah jihad minimum yang wajib dilakukan.”
عن أبي هریرة t قال: قال رسول الله e (( لا تحاسدوا ولا تناجشوا ولا تباغضوا، ولا یبع
بعضكم على بيع بعض، وآونوا عباد الله إخوانا، المسلم أخو المسلم، لا یظلمه ولا یخذله،
ولا یكذبه، ولا یحقره، التقوى ههنا، ویشير إلى صدره ثلاث مرات بحسب امرئ من الشر
أن یحقر أخاه المسلم، المسلم على المسلم حرام دمه، وماله، وعرضه )) رواه مسلم.
“Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:
Janganlah kamu saling dengki mendengki, tipu menipu, benci membenci, belakang membelakangi antara satu sama lain. Janganlah sebahagian kamu menjual barangan atas jualan orang lain. Hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. SEORANG MUSLIM ADALAH SAUDARA BAGI SEORANG MUSLIM; DIA TIDAK BOLEH MENZALIMINYA, MEMBIARKANNYA (DALAM KEHINAAN), MEMBOHONGINYA DAN MENGHINANYA. Ketaqwaan itu di sini - sambil Baginda menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali - Cukuplah seseorang itu mendapat keburukan apabila dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap orang muslim ke atas muslim itu haram darahnya, hartanya dan maruah dirinya.”
p/s: Maaf jika ada yang dibiarkan, dizalimi , dibohongi atau dihina. Kesalahan adalah dari kealphaan saya sendiri..
Kalau TAKOT..
FArah | Thursday, May 21, 2009 | | 4 comments
exam tak abis lagi.. TAPI ade plak masalah..
hampir2 tak dapat SLIP EXAM!
emm, macammana nak exam ye..huhu
alkisahnya begini.. disebabkan TERPONTENG DENGAN SENGAJA selama 10 jam.. akibat bencana alam la ..;)
maka slip exam sdr Nurfarah Nadiah binti Zulkifly terpaksa ditahan..(padan muka) Natijahnya.. terpaksa mendengar ceramah FREE daripada pihak yg bertanggungjawab + buat SURAT RASMI ..hehe
TAPI da dapat balik..;0
KAdang-kadang nak tergelak bile pikir yang kesalahan takla seberapa..
tapi hukuman bole tahan STRICT la..
HUKUMAN KESALAHAN KAT SEKOLAH DULU-DULU
1- LEwat gi surau 1 minit
-dikunci grill dari luar blok asrama..
-berdiri ala-ala model kat depan perhimpunan
-nama diambil..(gune nama lain la)
2- Tudung labuh yang SINGKAT?
- kene pangkah X menggunakan MARKER PEN kat blakang tudung..(macam kene undi da..)
- beli tudung baru (yang labuhnya sampai peha) kat KOOP
- ceramah FREE
3- Tak turun @ pegi PREP
- kene kejar kat Warden
- duduk + sembunyi di belakang gantungan baju
- last2 kene pegi gak..;)
4- PREP lama sangat (sampai pukul 2 pagi)
- KEne kejar lagi oleh warden gune HAnger
- kene ganggu oleh cerita2 hantu
- kene kunci (tak bole masuk dorm..haha)
DAn banyak lagi kot kesalahan2 yang tak seberapa..
NAMUN.. hukumannya taklah seberapa pun jika nak dibandingkan dengan hukuman Allah
Kita selalu takotkan hukuman manusia TETAPI bagaimana dengan hukuman Allah
Pandang sebelah mata je ke?
TEPUKLAH DADA DAN TANYA IMAN..
Adalah kita lagi takotkan hukuman manusia daripada hukuman ALLAH!
INGATLAH FIRMAN ALLAH yang bermaksud;
Dan tahukah kamu apa Hutamah itu?
Iaitu api (azab) dari Allah yg dinyalakan
Yg panasnya naik membakar sampai ke hati
Sesungguhnya mereka dalam api itu ditutup rapat (sehingga mereka tidak dapat keluar dari dalamnya)
Mereka diikat) pada tiang-tiang yang panjang
Surah Al-Humazah [5-9]
Barang siapa yg melakukan kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihatnya (mendapatkan ganjarannya)
Dan barang siapa yg melakukan kejahatan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat (merasakan seksaannya)
Surah Al-Zalzalah [7-8]
p/s; sama-sama sedar..;0
Study Laa..
FArah | Wednesday, May 13, 2009 | | 2 comments
Minggu depan EXAM...huhu
So, terpakse la den menghentikan kejap aktiviti2 berblog ni..
Kene study kot..(Walaupun tak stat pun lagi..haha)
SEdar tak sedar kite akan terautomatik rase nk study bile nk exam.. nape ye?
Soalan yang pelik kan? Tapi itulah hakikatnye.. dalam silibus atau PRO_FORMA pun akan diletak STUDY WEEK..hehe. Walaupun kadang2 kelas still jalan lagi..
Masalahnya skarang..KENAPA?
1- untuk memenuhi sukatan pelajaran. (ayat skema)
2- da memang hakikat kehidupan.?
3- persediaan untuk menghadapi persediaan.
4- semua diatas
hermm, mana satu jawapan anda..hhaha. mestila no 3
saje je nk peningkan kepala + menambah beban + menyusahkan hidup korang..
YANG PENTING..
Selamat STUDY dan menjalani EXAM buat yang EXAM..
INGATLAH...Allah telah berfirman:
إِنَّ اللّهَ لاَ يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنْفُسِهِمْ
Yang bermaksud:
’Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka mengubah nasib diri mereka sendiri.’
(Surah Ar-Ra’d ayat 11)
Jadi, kalo x berusaha camne nk berjaya..kn?
Allah sentiasa melihat hamba2 nya yang berusaha..;)
Pesanan: Jangan jadi cam dibawah lak..;P
Mereka pun TAHU..
FArah | Friday, May 08, 2009 | | 0 comments
Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri AS untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril AS segera pergi menemui si Kerbau.
Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril AS mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, "hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor kelelawar.
Malaikat Jibril AS mendatanginya seekor kelelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah goa. Kemudian mulai bertanya kepada si kelelawar, "hai kelelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelelawar". "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelelawar dari pada aku dijadikan-Nya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelelawar. Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril AS segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Malaikat Jibril AS bertanya kepada si cacing, "Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". Si cacing menjawab, " Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".
kredit to--> http://tazkeerah.tripod.com/
F untuk Flourida
FArah | Thursday, May 07, 2009 | | 2 comments
Macam-macam penyakit dan bende pelik yang berlaku skrang..
Makanan ni tak halal, makanan tu tak halal.. makanan beracun, masuk lipas dan macam-macam lagi laa..
benda ni dah lame kot, tapi disebabkan kurang kesedaran..saya hebahkan lagi..
TENTANG BAHAYA FLUORIDA!
Seperti yang kita sedia maklum Fluorida amat berbahaya pada tubuh badan manusia..
Fluorida merupakan SISA KELUARAN INDUSTRI BAJA, SEJENIS RACUN TIKUS dan DIGUNAKAN SEBAGAI RACUN SERANGGA..! Ia boleh menyebabkan:
1- Kematian
2- Kanser
3- Ruam Kulit
4- Kelunturan Warna Gigi
5- Gastrik
6- Kerapuhan Tulang
7- Keracunan Saraf
8- dll.
Masalah skang..hampir kesemua kot ubat gigi mengandungi FLUORIDA!! huhu, menakutkan bukan..
So, terserah la pada anda untuk memilih ubat gigi yang sesuai..
Bak kata mama, tak payah la beli ubat gigi ber'fluorida' tu.. kan kerajaan dah bekalkan dalam air kita..
hermm..ya tak ye jugak kan?..bijak2x
Jadi.. apa pendapat anda?
Nak guna tak ubat gigi berfluorida ni..?
Ataupun saya cadangkan gunalah dalam kuantiti sedikit..kan senang!
Dahla jimat..takyah susah-susah beli ubat gigi..hehe
Kalau nak maklumat lanjut..bolehla pergi ke laman web:
Fluorida@muslimconsumers.org.my
p/s: tengah cepat2 habiskan ubat gigi 'BERFLUORIDA' yang digune..BAHAYA.huhu
Si Semut
FArah | Tuesday, May 05, 2009 | | 2 comments
Jom kite mengenali lebih dekat sekecil-kecil ciptaan Allah S.W.T yang Maha Menciptakan iaitu SEMUT... semua orang tentu tahu tentang semut..alaa yang selalu masuk dalam air tuu.. semut juga dikenali sebagai mkhluk Allah yang sangat rajin bekerja dan mencari rezeki. Walaupun kadang-kadang sakit juga kalau digigit oleh semut..huhu. Jadi nak bagi sedikit INFO tentang semut. Tahukah anda...bahawa semut mempunyai empat (4) bahagian utama dalam badan ? Semut mempunyai...
1- Kepala
2- Cengkerang Alitrunk
3- Petiole
4- Gaster
SubhanaAllah! Betapa hebatnya ciptaan Allah! Even makhluk bernama SEMUT pun mempunyai bahagian-bahagian badan yang sangat detail..apatah lagi kita as a human..Al-Quran juga ada menyebut serba sedikit mengenai kisah semut ini. Antaranya Surah Al-Naml, ayat 18-19 yang bermaksud..
"Hingga apabila mereka sampai di lembah semut berkatalah seekor semut: Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari"; maka dia tersenyum dan tertawa karena (mendengar) perkataan semut itu. Dan dia berdo'a: "Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri ni'mat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh". (Surah an-Naml: 18-19)
p/s : Kecil-kecil si semut api..;)
Allah lagi HEBAT...
FArah | Tuesday, May 05, 2009 | | 2 comments
"Wahai manusia! Telah dibuat suatu perumpamaan . Maka dengarkanlah! Sesungguhnya segala yang kamu seru selain Allah tidak dapat menciptakan seekor lalat pun, walaupun mereka bersatu untuk menciptakannya. Dan jika lalat itu merampas sesuatu dari mereka , mereka tidak akan dapat merebutnya kembali dari lalat itu. Sama lemahnya yang menyembah dan disembah." [Surah Al-Hajj:73]
Haah! Cube lihat ayat diatas..Allah sedaya-upaya telah mengingatkankan kita bahawa kalo kite mengharapkan benda lain SELAIN daripada Allah.. even LALAT pun mereka tak dapat ciptakan..apatah lagi benda=benda hebat yang kte harapkan contohnya KEMEWAHAN, KEKAYAAN, KERETA BESAR dll..
Seperti yang kita semua maklum, ciptaan Allah adalah SANGAT SEMPURNA! Berjalanlah dan mengembaralah dibumi Allah ini dan lihatlah kebesaran ciptaan Allah!Betapa Allah telah ciptakan sekecil-kecil makhluk hingga sebesar-besar makhluk.. contohnya macam semut..walaupun kecik..tapi badannya sangatlah complicated..
Cube anda bandingkan ciptaan Allah dengan manusia..bagai langit dengan bumi! Betapa Allah telah menciptakan manusia dengan begitu detail..siap dengan salur darah, jantung dll. Bahkan Allah siap menjadikan manusia ini sesuai dengan fitrahnya... mase bayi atau dalam kandungan kte makan melalui tali pusat dengan mengambil nutrisi yang dimakan oleh ibu kita .. dan bila besar, kita makan menggunakan anggota badan kita sendiri.. AJAIB bukan?
Sekarang kita tengok pula ciptaan manusia..contohnya KERETA
Memang canggih ciptaan manusia.. siap boleh letak stereng, tayar, radio dan macam-macam lagi dalam SATU kereta! WAH!Hebatnyer... TETAPI lupakah anda.. ciptaan manusia ini banyak kelemahan, tidak kekal dan silap haribulan memakan penggunanya..
KAlau banjir sekali..alamak kereta tak boleh berjalanlah diatas jalan raya itu.. Kalau tidak..alamat habislah enjinnya dimasuki air dan ROSAKK...jeng..jeng..jeng..
Saya juga ingin bertanya anda.. berapa kali anda terpaksa men'servis' kereta anda dalam masa setahun ..jawapannya mestilah banyak kali kan? Ternyatalah ciptaan manusia ini taklah seberapa dibandingkan dengan ciptaan Allah...
Saya bukanlah seorang yang hebat untuk menkondem ciptaan manusia yang telah sedaya-upaya mencipta benda yang bermANFAAT kepada kita juga ..TETAPI untuk mengingatkan anda dan juga saya tentang betapa HEBAT dan BERKUASANYA Allah jika nak dibandingkan dengan kita..SubhanaAllah!
Teringat pula saya pada cerita seorang akhawat yang mempunyai bos yang garang...
Si A : Ade satu time tu bos akak bagitau akak smtg..
Si B : Ape yang die bagitau akak?
Si A : Die kate sume orang takotkan die kecuali akak..
Si B : Iye..? Nape akak tak takot kat bos akak..die garang kan?
Si A : Kenape lak nak takot kat bos akak.. kite kan takotkan ALLAH!
Si B : Aah la kak..huhu
p/s: peringatan buat diri sendiri...(Mase tulis tangan kene gigit semut..huhu)
Buat Akhawat sekalian..
FArah | Wednesday, April 29, 2009 | | 2 comments
Salam..
Setelah sekian lama tidak menulis dalam blogku ini..
Banyak benda yg berlaku xmampu nak diluah..
Buat akhawat2 seperjuangan..
Thanx for everything..
Sudi bersama suka dan duka..
Maaf juga jika ade salah dan silap..
MOga tegar teruskan perjuangan.
Khas buat Midah, Cuna, Dani..
Selamat berjuang di tempat yang baru..
Jangan lupakan kami yea..hehe
Lagu dibawah untuk kalian...
Juga buat teman-teman lain..
Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa
Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah
Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa
Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama
Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi
Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.
Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita
p/s: sory upload gamba kalian.. ;)
Kerja = Daya x Jarak
FArah | Tuesday, March 03, 2009 | | 3 comments
Kerja adalah sukatan tenaga pada sesaran tertentu.
E = E.ds
E = ialah daya yang bertindak ke atas objek itu
d = ialah jumlah sesaran ketika daya itu bertindak
Unit SI bagi Kerja ialah Nm atau Joule,singkatan: J. Walaubagaimanapun, unit Joule sering digunakan berbanding Nm kerana ia dikhususkan untuk Tork.
kenapa bercakap pasal KERJA?
ermmm..pengetahuan tambahan kot..;)
cube kite aplikasikan dalam kehidupan seharian kite..
tiap-tiap hari kita lakukan kerja-kerja dan kerja (yeke?)
adakah ia bermaksud kite telah menggunakan daya dan sesaran sebagaimana yang dinyatakan oleh teori diatas?
bagaimana pula kalau kite bekerja dengan menggunakan komputer..?
duduk - menggunakan beberapa jari untuk menekan keyboard + tak berpeluh..
huhu..susah betol..
mungkin ia bermakna hanya jari kite yang bekerja?
tak mungkin..sebab..
otak pening + kene pikir camne nak buat @ menaip + fokus..
macammana tu..
hehe
sengaja nak peningkan kepala..
ya tak?
kesimpulannya..
walau sebanyak manapun kerja yang kita lakukan
walau se'stress' manapun kepala kita
walau kepala rasa macam nak pecah..
mungkin tak seberat orang-orang Mesir yang dikerah menyiapkan piramid..
mungkin tak sepening Einstein yang banyak mencipta teori-teori yang kita belajar
mungkin tak seletih sahabat Nabi semasa menggali parit dalam Perang Khandak..
so, fikir-fikirkanlah..
"Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat pahala daripada kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa daripada kejahatan yang dikerjakannya.(Mereka berdoa):"Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Maafkanlah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." [Al-Baqarah: 286]
p/s: menaip + mata fokus + otak pening = esaimen tak siap-siap..? :p
Relax JAP..
FArah | Thursday, February 19, 2009 | | 2 comments
Customer: "You've got to fix my computer. I urgently need to print document, but the computer won't boot properly."
Tech Support: "What does it say?"
Customer: "Something about an error and non-system disk."
Tech Support: "Look at your machine. Is there a floppy inside?"
Customer: "No, but there's a sticker saying there's an Intel inside."
--------------------------------------------------------------------------------
Tech Support: "I need you to right-click on the Open Desktop."
Customer: "Ok."
Tech Support: "Did you get a pop-up menu?"
Customer: "No."
Tech Support: "Ok. Right click again. Do you see a pop-up menu?"
Customer: "No."
Tech Support:: "Ok, sir. Can you tell me what you have done up until this point?"
Customer: "Sure, you told me to write 'click' and I wrote 'click'."
--------------------------------------------------------------------------------
Customer: "I received the software update you sent, but I am still getting the same error message."
Tech Support:: "Did you install the update?"
Customer: "No. Oh, am I supposed to install it to get it to work?"
--------------------------------------------------------------------------------
Customer:: "I'm having trouble installing Microsoft Word."
Tech Support:: "Tell me what you've done."
Customer: "I typed 'A:SETUP'."
Tech Support:: "Ma'am, remove the disk and tell me what it says."
Customer:: "It says '[PC manufacturer] Restore and Recovery disk'."
Tech Support:: "Insert the MS Word setup disk."
Customer:: "What?"
Tech Support: "Did you buy MS word?"
Customer: "No... "
kredit to --> http://today-joke.blogspot.com
pokok xnak keluarkan OKSIGEN?
FArah | Wednesday, February 18, 2009 | | 1 comments
assalamualaikum..
alhamdulillah kite masih mampu memakmurkan bumi Allah yang indah ini..
cube TARIK NAFAS.....okay, LEPASSSS.
Rasa lega kan? Alhamdulillah..
Kalaulah ditakdirkan tibe2 pokok xnak keluarkan oksigen dan xnak sedut karbon dioksida...hermm.
TIDAKK!! Ape akan jadi pada kite? huhu
Jangan bimbang.. ini hanya imaginasi saya.
ALLAH MASIH SAYANGKAN KITA..
cube bilang berapa banyak kali dah kiter wat dosa + xwat ape Allah sruh..
x dapat dibilang kott.. tapi,
Allah still take care kite, salurkn oksigen, bagi kite tubuh badan yg sihat, dapat berlari-lari riang waktu petang dll. BEST KANN..??
so, jom berSYUKUR ats nikmat-nikmat-nikmat (hehe, nk ckp byk sgt)
yang Allah kasi ni... :)
Bagaimana nk BERSYUKUR?
Saya yakin anda ada jawapannya..
saya sAyangkn Islam..
FArah | Wednesday, February 11, 2009 | | 2 comments
MUslim SepenUhnya..bhgn II
FArah | Friday, January 23, 2009 | | 0 comments
Salam..
Cuba bayangkan...(hehe, gne imaginasi lak)
Anda berada di satu kawasan air terjun yang sangat indah..
Air yang sangat jernih + siap bole nampak pe ade dlm air..
Udara sepoi-sepoi bahasa..(ntah ye ke x ayat BM ni)
dan suasana yg menyegarkan..
senang cite mmg rasa cam best la
kalo smpai kat tmpt cam2 confem2 ar nk mandi kn..
TETAPI..
macammana kalo anda hanya celup kaki je @ sentuh cam nak x nak je..
Adakah anda rasa nikmat air terjun @ waterfall itu..?
Haaa..mestila tak!!
camtu la juga dengan ISLAM..
untuk merasai kenikmatan sebenarnya ISLAM itu..
anda haruslah menjadi ISLAM yang sebenarnya @sepenuhnya..
maksudnya tidak hanya sekadar buat yg basic2 shj..
kalo makan kueh karipap tu macam makan kulit luar je...
tapi isinya; kari ayam @ sardin @ kentang x makan..BEST KE?
jadilah seorang yg berbangga mnjadi seorg MUSLIM!
bukan yg diistilahkn sebagai 'Part Time Muslim'@ ape shj istilah yg ade..
ISLAM tapi x mengamalkan cara gaya hidup ISLAM..
logik KERR??
"Wahai orang2 yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara KESELURUHAN, dan janganlah kamu ikuti langkah2 syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu."
[Surah Al-Baqarah : 208]
Pada fikiran saya nikmatnya iman itu apabila kita merasa seronok melakukan ibadah kepada Allah..rasa xcukup dengan hanya solat 5 waktu..ditambah dgn solat2 sunat..
rase begitu dekat + rindu dengan Allah
dan xsabar2 utk menemuiNYA kelak.. insyaAllah..
"Cukuplah Allah bagiku; tidak ada tuhan melainkan Dia. Hanya kepadaNyaku bertawakal, dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arasy yang agung." [ At-Taubah:129]
Cemburu..
FArah | Thursday, January 22, 2009 | | 0 comments
Saya sentiasa rasa cemburu melihat mualaf yg baru memeluk ISLAM ..
mereka dapat menemui ketenangan didlm agama Islam itu sendiri..
mereka tidak dilahirkan sebagai MUSLIM tetapi sentiasa berusaha mencari MUSLIM sedalam erti kata sebenar..
tapi kita yg ISLAM sejak lahir @ lebih tepat keturunan ISLAM ini..
seolah-olah mengabaikan agama ISLAM itu sendiri..
xberusaha mndalami ISLAM ..rasa selesa
bhkan siap menolak agama ISLAM itu sendiri..
alangkah ruginya...
"Kemudian setelah itu kamu berpaling. Maka sekiranya bukan kerana kurnia Allah dan rahmatNYa kepadamu, pasti kamu termasuk orang yang RUGI"
[Surah Al-Baqarah: 64]
nikmat ISLAM ini hanya dapat dinikmati oleh orang-orang yang terpilih sahaja..
bapa saudara Rasulullah S.A.W sendiri tidak mendapat hidayah Allah untuk memeluk ISLAM walaupun beliau sentiasa berpihak kepada Nabi dan mempertahankan Nabi dalam ape jua keadaan..
Alangkah bertuahnya KITA..
dapat merasai nikmat menjadi seorang ISLAM dengan tanpa perlu menitiskan walaupun setitis darah..
Alhamdulillah...
p/s : syukur2x syukur Ya Allah, syukur Alhamdulillah...;)
MUslim SepenUhnya..bhgn I
FArah | Wednesday, January 21, 2009 | | 0 comments
Adakah ANDA seorang muslim??
mesti dengan konfidennye kite akan menjawab YA!!
sebab..?
1- tertulis dalam KAd Pengenalan
2- solat 5 waktu
3- pakai tudung , kopiah dll jawapan..
tapi..pernahkah anda terfikir cara hidup kita..
aktiviti kita..pertuturan kita..
adakah MUSLIM?
contohnya... SOLAT tapi still tidak menutup aurat!
SOLAT tapi minum arak..bergaul bebas dll..
adakah ia juga diiktiraf sebagai seorang MUSLIM??
BETUL...!!
selagi kita mengucap 2 kalimah syahadah kita akan dikonsider sebagai MUSLIM @ ISLAM..
tetapi adakah kita layak mendapat KEREDHAAN daripada AlLAH..?
cuba bayangkan kita seorg bos..
ade pekerja kita nak minta gaji lebih dari kita..
TETAPI..wat keje lengah2..ntah pe2, ponteng keje..
langgar peraturan dan macam2 la..
adakah anda still nk kasi gaji lebih kt pekerja tu?
baik xyah kasi..silap2 kene buang keje kot..
sama la cam kita..
nk minta keredhaan ALLAH, nikmat syurga..insyaAllah..TETAPI
solat ntah kemane2, tutup aurat mcm xnk tutup , yg Allah larang yg itu la die nak buat..
RASE2kn Allah nk bg ke?? WAllahua'lam..
"Aku rela dengan-Mu (Allah) sebagai Tuhanku dan Islam sebagai agamaku dan Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku"
p/s : pesanan ini utk diri sendiri gak..;)
stress??
FArah | Saturday, January 10, 2009 | | 2 comments
elaun xmsuk lagi...??
TERTEKAN??
STRESS???
daripada tertekan tentg perkara yg bole disetelkan..@
memikirkn perkara yg ntah ape2..
jom kite reflek balik diri kita ;)
MAKAN...........2 kali sehari at least.
TIDUR...........lebih dari cukup..
KESIHATAN......alhamdulillah!
NEGARA..........aman + harmoni..insyaAllah..
tetapi..
cube tgok sedara2 seISLAM kita kt Palestin..
tiap2 hari ade yg akan terBUNUH!!
makan setakt isi perut..2 pn kalau ade mknn,huhu
hari2 dibom oleh ISRAEL laknat!!
SEDARLAH!!
nasib kite jauh lebih baik...
cbe ltakkan diri kite dalam keadaan mereka..
SANGGUPKAH KITA!!
pertahnkn tanah + negara from ancaman YAHUDI..
famili, sedara + kawan terbunuh..
mungkin x sanggup..tp jom same2 kite sokong perjuangan mereka..
mendoakan mereka + BOIKOT barangan ISRAEL!
tolong sedaya yang mampu..
insyaAllah ISLAM akan bangkit kembali..ALLAHUAKBAR!!
p/s: same2 ingat-mengingat...;)
CUKUP ke berdiAm diri?
FArah | Friday, January 09, 2009 | | 0 comments
"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada-Mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan-Mu kali ini kepada orang orang Islam di Palestin, hancurkanlah rejim zionis..amin. ...."
Saudara seISLAMku..
jangan berdiam diri sahaja..
bukankah kite semua BERSAUDARA!
Ingatlah bahawa kite memperjuangkan agama yang SATU
ISLAM..!!
mereka saudara kita..
dan ISRAEL musuh ISLAM yang nyata..
mungkin kite x mampu berperang di Palestin..
melawan senjata-senjata perang ISRAEL!!
berkorban jiwa dan harta ..
menyekat serangan ISRAEL..
tetapi ada sesuatu yang boleh kita lakukan..
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!
BOIKOT BARANGAN ISRAEL!
jangan salurkan duit supaya mereka dapat memantapkan senjata perang mereka!
jangan biarkan mereka membedil orang2 PALESTIN dengan bom hasil duit yang kita salurkan..!
lihatlah KEKEJAMAN ISRAEL!!!
http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/2008/12/please-forward-to-all-humans-you-know.html
http://untuk-sesama-insan.blogspot.com/2009/01/please-forward-it-to-all-your-friends.html
p/s: adakah kita lupa...