Tulisan Baru

Assalamualaikum..
Kesian dekat blogku ini yang tak diupdate bertahun lamenye..(macam lame benor) ;p
Sepanjang tempoh yang tak berapa lame itu, saya hanya memerhati dan memerhati dan memerhati blog-blog kalian..;p

Kemalasan ini mungin berpunca daripada..:

a- kesibukan pratikum
b- keyboard yang onar..(huruf K susah nak tekan)
c- tak ade bende nak tulis
d- lain-lain jawapan. _________ sila isikan sendiri.;)

Maklumlah bila dah jadi cikgu ni..mulut yang kene banyak bercakap...kalo tidak Learning Objective tak tercapai.. :)

Bila kita menjadi seorang guru, automatik kitalah yang ditugaskan untuk mendidik anak-anak murid kita sedaya yang mungkin..kadang-kadang tak semua perkara cikgu tahu.. contohnya; hari itu tengah mengajar topik Magnet.." Magnets can attract and repel", tibe2 ade budak bertuah tanya. " Teacher, macammana ye magnet ni boleh ade kuasa menarik iron?".
Alamak?! Saya yang kebuntuan sebab hanya ajar yang BASIC iaitu
South and South = repel,
North and South = attract
terus menjawab..(dengan penuh konfiden)

"Haaaaaaa.. bagus soalan awak!" ." Oleh sebab awak tanya, teacher bagi homework, balik umah..search kat internet..'How magnets is made', okay?. Nanti bole bagitau kawan-kawan". ;)

Dengan jawapan itu, masalah selesai. Tujuan saya menceritakan bukan bermaksud merendahkan potensi guru tetapi secara pengajaran bahawa kita adalah tidak sempurna. Perlu sentiasa belajar dan mengupdate diri kita supaya dapat menerangkan kepada yang tidak faham. Kadang-kadang penting kita study and study sebab ilmu Allah itu sangat luas.

Same juga dengan diri kita, jiwa kita, hati kita.. sentiasa perlu diupdate supaya tidak mudah sakit , malas dan lain-lain. Samelah macam antivirus, mungkin antivirus X 2009 kurang efisien digunakan dalam laptop pada tahun 2010. So, kite kena update atau tukar kepada antivirus X 2010. Betul tak?

Kesimpulannya , sentiasalah update diri kita supaya menjadi yang lebih baik daripada semalam..Kadang-kadang kita lupa, kadang-kadang ingat, sekejap kuat, sekejap lemah..sebab HATI manusia ini BERBOLAK-BALIK..

Drp Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam , kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah , Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya “ . Seterusnya Baginda s.a.w pun berdoa : “ Wahai Tuhan Kami Yang Maha MEMBOLAK-BALIKKAN hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu “ .

Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim (rh) di dalam sahihnya , Kitab Al-Qadar :, Bab TasriflLah Ta’ala Al-Qulub Kaifa Yasha’ , No : 4654.

--> wahai yg membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hati kami dlm ketaatan dan ad-din mu’