Dan janganlah engkau berkata...

Salam
setelah lama tidak menulis
cume ingin meluahkan ketidakpuasan hati ini..huhu..

Tak tahu dimana silapnya, kalo kite lihat budak-budak zaman sekang amat berlainan
Jika dulu kita amat menyanjungi insan bergelar GURU..
Jika A kata GURU maka A lah..

Adakah kerana PEMAKANAN?
Adakah kerana PERSEKITARAN?
Adakah kerana IBUBAPA?
atau adakah kerana GURU?

BUkan menunding jari..
Kerana kadang-kadang satu jari ditunding kepada orang lain,
10 jari akan terTUNDING kepada kita..

Cume ingin bertanya..MENGAPA?
Bukankah GURU ibarat ibubapa kita?
Saya teringat kata-kata guru saya..
Dengan hanya memandang muka ibubapa atau guru kita, kita akan mendapat pahala..
Alangkah Pemurahnya Allah S.W.T..


“Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada−Nya semata−mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua−duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “uh” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan−santun).”
(Surah al-Isra’: Ayat 23)



Melihat tentang ajaran Al-Quran yang tidak diamalkan 100 %
Al-Quran bukan sekadar hiasan, bukan sekadar bacaan untuk menghalau jin dan syaitan
TETAPI adalah penawar hati..untuk diAMALkan..InsyaAllah

p/s: maaf jika pernah menyakiti hati seorang GURU.



5 comments:

'Cikgu Padi' said...

emmm...betol3..mungkin peredaran zaman dan pengisian hati mereka kian gersang menyebabkan terzahirnya perlakuan yang tempang...tq cikgu..

FArah said...

smoga smua pihak mengambil tanggungjawab..
;)

Nurul Husna said...

oleh itu, tugas kita masih panjang!!

zai insyirah said...

kcik..sabrla..itu dgaan namanya..huhu

@LeenShamsh said...

mendidik itu sukar..mendidik belajar sains itu mudah dan semua orang bisa..tapi mendidik untuk menjadi insan yang kenal Allah..kenal Rasul itu memelukan pengorbanan dan kash sayang yang bukan sedikit..bersabar dan terus bersabar..