Bersediakah KITA?

Salam

Dalam mencari kesenangan di dunia..
Kita kadang-kadang lupa bahawa tujuan sebenar kita berada disini..
Adakah Allah menciptakan kita sekadar suka-suka?
TIDAK sama sekali!
Setiap makhluk yang Allah ciptakan masing-masing mempunyai tanggungjawab mereka sendiri..Adakah kita lupa? Buat-buat lupa? atau TIDAK TAHU!

Firman ALLAH S.W.T:

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ

Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu." -Surah az-Zariyat: 56

Adakah kita hidup selama-lamanya?
Tentulah jawapannya TIDAK!!
Kita akan menemui PENCIPTA kita akhirnya..
Tak kiranya berapa lama jangka hayat kita..
Kita pasti menemuiNYA..

Saya ingin bertanya kepada anda...
Apakah nikmat yang paling BESAR pernah anda dapat didunia ini?
MAkanan yang SEDAP?
MEndapat KEJAYAAN dalam exam?
Sesungguhnya ingatlah...
NIKmat menemui Allah YANG MAHA AGUNG ..nikmatnya tidak dapat ditandingi oleh semua nikmat di bumi ini..MASYAALLAH..

So, jom kita kejar NIKMAT yang paling besar..
iaitu berjumpa ALLAH YANG ESA.
InsyaAllah..
Sesungguhnya kita masih tidak pasti adakah kita masih lagi bernafas pada hari-hari yang mendatang..

Tetiba teringat kata-kata ini..
"Berusahalah umpama anda akan hidup seribu tahun lagi..dan beribadahlah umpama anda akan mati ESOK."

Daripada Tsauban r.a. berkata:
Rasulullah S.A.W. bersabda:

"Hampir tiba suatu masa dimana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka." Maka salah seorang bertanya: "Apakah kerana kami sedikit ketika itu?" Nabi S.A.W. menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir.Dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'WAHAN'." Seorang sahabat bertanya: "Apakah wahan itu hai Rasulullah?." Nabi lalu menjawab : "Cinta pada dunia dan takut pada mati."

Hadis riwayat Abu Daud.