Tidak Cukupkah?

Salam..
Setiap daripada kita mesti mempunyai perasaan tidak cukup..
Segala benda kita ada mesti memenuhi keperluan kita..BENARKAH?
Saya cuma ingin berkongsi sebuah cerita yang pernah saya dengar dan ia sntiasa bermain di minda saya apabila saya rasa TIDAK CUKUP...

Suatu hari saudara A berjumpa dengan saudara B..

Saudara A : Saya TIDAK PUAS HATI betul..
Saudara B : Mengapa sahabatku?

Saudara A pun bercerita, saya ingin meminta sesuatu dengan Allah...permintaan kecil sahaja.Tiap-tiap saya berdoa, solat malam, memohon kepada Allah.. tetapi tidak pernah
ditunaikan.. Saya bersedekah, membuat amal kebajikan..namun tetap tidak ditunaikan. TETAPI, sahabat saya, saudara C, sering lalai menunaikan solat, berbuat dosa, tidak pernah bersedekah..namun hidupnya senang..permintaannya sentiasa ditunaikan Allah! Kenapa?!

Saudara B pun berkata, wahai sahabatku yang dikasihi... Pernahkan kamu didatangi dengan pemuzik jalanan? Apa yang kamu buat jika yang datang kepada kamu suaranya tidak merdu, sumbang..bahkan peribadinya kasar?

Saudara A : Sudah tentu saya akan bagi wang cepat-cepat dan menyuruhnya pergi dengan
segera....

Saudara B terus bertanya, bagaimana pula jika yang datang..suaranya merdu, enak didengar..bahkan peribadinya menyenangkan kamu?

Saudara A : Saya akan menyuruhnya mengulang lagu-lagu yang sedap didengar itu dan memberinya ganjaran yang paling lumayan...

Saudara B pun tersenyum dan berkata.. Begitu jugalah dengan Allah...Allah sangat mengasihi hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya di setiap waktu, memohon dan meminta kepadanya..ibarat pemuzik jalanan yang bersuara merdu itu.. Allah rindu suara hambanya memohon dengannya dengan hati yang ikhlas..Allah suka mendengar suara kamu yang merintih-rintih di waktu hambaNya yang lain lena dibuai mimpi..maka Allah sntiasa mahu kamu mengulang-ulang apa yang kamu lakukan..sebelum memberimu ganjaran yang mungkin tak tergambar dimindamu..

Manakala, bagi hambanya yang memohon dengan hati yang tidak ikhlas, sentiasa melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah, Allah akan segera memberinya kerana TIDAK SUKA untuk mendengar suara hambanya yang tidak ikhlas dalam memohon sesuatu... memohon apabila mereka susah sahaja....Allah itu Maha Adil..

Allah sangat sayang pada kita.. walau apa pun yang kita buat, ingatlah Allah, bacalah kalamNya..

Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah
Cukuplah sahaja bagiku Tuhanku yang Maha Tinggi...
Tiadalah dalam hatiku selain Allah...


"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." At-Taubah: 129

5 comments:

'Cikgu Padi' said...

terima kasih atas peringatan dan perkongsian...

FArah said...

same2 cikgu padi..hehe

chemie said...

tq kc..seronok dapat citer baru..tazkirah tu.. =)

FArah said...

kumi chan : hehe. sme2..bkan sye da crita kt kamu ke?

chemie said...

kc..mane ade..@ sye dah hilang ingatan??