DEMAM Lailatul Qadar

Salam..
Ini mungkin post yang akan orang katakan..
" ala..dah banyak kali da aku bace.."
Walaupun begitu..saya NAK post juga..haha.

Hari ini adalah malam ke 23 ramadhan..
Dah lame rupenye kita berpuasa..
Dalam bulan puasa sepertimana yg kita tahu telah dikurniakan malam yang sangat dinanti-nantikan iaitu Malam Lailatul Qadar..

Sudahkah anda DEMAM LAILATUL Qadar?
Pelbagai jenis demam kita pernah dengar
DEMAM AF
DEMAM PEPERIKSAAN
DEMAM BOLA
dan macam_macam lagilah

Disini saya nak tambah satu lagi DEMAM yang penting
DEMAM Lailatul Qadar

KENAPA TIDAK ?
Jom kita ramai ramai DEMAM LAILATUL QADAR
Kalau kita dah demam Lailatul Qadar
Kita sanggup berjaga malam dan stay up beribadah ..insyaAllah.
Kita sanggup tak tido malam dan mengharap keredhaan ALLAH
Kita sanggup mengenepikan kerje kerje lain yang tak bersangkut paut dengan ibadah

SEBAB..
ALLAH hanya kurniakan satu malam sahaja Lailatul Qadar
YANG malamnya lebih baik daripada seribu bulan
Dan ganjarannya tak terjangkau oleh kita

JANGAN..
Hanya duduk baca sahaja
BANGUN + AMBIL WUDUK + BETULKAN NIAT
Dan tunaikanlah hak ALLAH..
Adakah ANDA yakin anda masih hidup untuk berjumpa lagi dengan RAMADHAN?
Saya pun tidak pasti..

Kehebatan Malam Al-Qadr
1. Malam berkat diturunkan AL QURAN
2. Dituliskan qadar (ketentuan)
3. Malam yang lebih baik daripada 1000 malam
4. Turunnya Malaikat + Ruh
5. Malam yang sejahtera
6. Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan ikhlas dan mengharap redha Allah

-->RUJUK http://www.zaharuddin.net/

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri solat pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari dan Muslim)

Jadi..
Jom ramai ramai kita DEMAM LAILATUL QADAR..
INSYAALLAH..
Moga Allah meredhai apa yang kita kerjakan..