الوالدان (Ibubapa)

Sabda Nabi SAW, memandang ibu bapa (dengan kasih sayang),adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
1-Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2-Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
3-Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata

Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang ..

Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).

“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)


kredit to:
http://ibnismail.wordpress.com/
http://hafizfirdaus.com

p/s : berapa kali kamu memandang wajah kedua orang tuamu dalam sehari?

Menjadi seorang CIKGU

Izinkan saye berkongsi cerita tentang kemenjadian saya sebagai seorang CIKGU..
Pada asalnya CIKGU tidak menjadi satu pilihan kerjaya saya selepas SPM..
Sebenarnye saya seorang yang suka duduk buat kerja sorang-sorang ,tak ambil tahu hal orang lain dan lain2 lagi ciri yang tidak pernah saya fikir saya akan menjadi CIKGU..

Namun, Allah telah tahu apa yang terbaik untuk saya dan memilih saya sebagai salah seorang guru pelatih di IPG Temenggong Ibrahim..(dahulunya maktab). Perasaan takut mula timbul kerana saya akan pergi ke JOHOR..(jauhnyerrr).

Mula2 mendaftar ke maktb saye diarah untuk masuk ke kelas...?? (baru daftar da masuk kelas ek?). Nak tak nak saya dibawa ke kelas PISMP Sains. Masuk je kelas, saya tergamam sekejap sebab ternampak seorang artis di dalam kelas! (Zahid AF2)...hehe. Yang rupe2nye adalah zulfadhli julfekar..:p.

5 tahun setengah di IPG ini bukanlah jangka masa yang pendek.. banyak perkara yang dilalui di dalam kelas menyebbkan kadang2 saya tersenyum sendirian.. CIKGU mula menjadi satu perkara yang paling saya suka.. Saya suka berkongsi ilmu dengan murid yang comel, saya suka mendengar mereka memanggilku CIKGU, saya suka melihat telatah murid dan lain2 lagi..

Rakan dan teman turut bersama sepanjang 5 tahun setengah ini menyebabkan saya lagi kuat, kerana mereka selalu menggembirakan hati saya, memberikan kata-kata semangat, menegur saya, dan menjadi rujukan yang terbaik buat saya..untuk diceritakan semua, rasenya tak terluah .. tapi buat teman 8 Pismp Sains.. TERIMA KASIH..kenangan bersama kalian sangat indah . saya akan rindukan saat-saat bersama kalian~

Teringat sepanjang praktikum, saya dan rakan sepraktikum amat teruja jika dapat bertemu dan berjumpa dengan classmates Pismp Sains sewaktu makan, ditengah jalan atau kat mana2 tempat.. bagaikan sudah lama tak berjumpa.. tapi, itulah hakikatnya~

Rasenye macam baru semalam saya menjejakkan kaki ke makmal sains..mendengar classmates bercerita, memasang LCD, mendengar pengajaran pensyarah, mentertawakan rakan yang tertidur, dan lain-lain lagi..huhu. Really miss it!
Macam tak percaya bahawa tahun depan saya sudah tidak merasai lagi semua itu.. :(
Bak kata Azmil, kami ni ibarat pegi kelas, gelak-gelak , dapat degree..




didalam kelas..



classmates...



after we left..

Laskar Ramadhan

"Ramadhan.

Mungkin kita kurang berjaya dalam ramadhan yang lalu…

Mungkin kita kurang dekat dengan Quran pada ramadhan yang lalu…

Mungkin kita terlalu kenyang selepas berbuka dalam ramadhan yang lalu…

Mungkin kita tidur lewat dan tak bangun qiam pada malam-malam ramadhan yang lalu…

BUT THIS TIME…

Ramadhan kembali lagi…

You choose.

TO WIN OR TO LOSE AGAIN." (http://laskarmentari.wordpress.com/)


Kata-kata ni di copy and paste daripada laman wen seorang sahabat :)
Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan insan yang bergelar Muslim..
Dalam kita tak sedar Ramadhan cume tinggal separuh bulan sahaja lagi.
Sepatutnya mase inilah kita berlumba-lumba + perhebatkn lagi amalan kita.. InsyaAllah.
Ramadhan hanya datang sekali sahaja setahun..
Dan kita tak tahu adakah kita akan jumpe lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
JOm! Lawan nafsu kita..
Ambillah masa sementara syaitan-syaitan telah diikat..
Jangan kita pulak jadi pengganti syaitan..Nauzubillah..

Masa masa terakhir ni lah kita akan diuji..
Jangan jadi orang yang tersungkur di tengah jalan.
Ramadhan masih berjalan.. Pintu syurga sedang dibuka!
Cari balik semangat ramadahan!

"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."

Jom ramai-ramai..
Susun barisan saf kita..
Bersiap sedia untuk menjadi jundullah..
"Menjadi Laskar Ramadhan"



Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4)

Guruku Tersayang..



Pagiku cerah ku.. matahari bersinar
Kugendong tas merah ku di puncak
Slamat pagi smua ku natikan dirimu
Didepan kls mu menantikan kami..

Guruku tersayang guru tercinta
Tanpamu apa jadinyaku
Tak bisa baca tulis mengerti banyak hal
Guruku terima kasih ku

Nyatanya diriku kadang buat mu marah
Namun segala maaf kau berikan

Start Working Farah!

Salam.

Salam Ramadhan.

Sebenarnya tengah mencari idea untuk menyiapkan Action Research
yang x siap-siap..:)

Tibe-tibe terbukak plak blog yang memang berhabuk ni..

Tengah buat keje tibe-tibe terfikir, kenapa la aku jadi cikgu ni..huhu >_<

Kan kene buat macam-macam kerje.. dah nak abis baru terfikir..:(

Dan tak dinafikan kerje cikgu bukanlah senang pun..macam-macam cabaran guru zaman sekarang..

  1. Budak tak dengar kata..
  2. Gejala sosial..
  3. Pandangan masyarakat
  4. dll.

Tapi, semua itu perlu diketepikan buat masa sekarang..

Tugas guru mesti dipikul ... masa depan anak-anak sekarang bergantung kepada guru..

So, BERUSAHA FARAH!

Bila difikir balik..banyak hikmah kenapa aku berada disini...

Sebab aku nak jadi cikgulah, aku..

  • Sudah boleh bercakap depan orang, kucing, ayam.. (dulu terketaq-ketaq)
  • Bercampur dengan masyarakat.. (dulu pendiam ..haha)
  • Ambil tahu hal semasa..
  • Kenal rakan-rakan 8 PISMP Sains yang best!
  • Menjadi part of Ghulamians~
  • Berada di IPG Kampus Temenggong Ibrahim selama 5 tahun ++
  • Dan lain-lain ________

InsyaAllah, semangat aku masih lagi teguh untuk menjadi cikgu..

Semoga semangat ini terus dan terus mekar dalam hati aku..

FARAH ! Menjadi cikgu adalah satu BONUS..

Masa untuk Action Reseach disiapkan.. go!go!go!


 



Tulisan Baru

Assalamualaikum..
Kesian dekat blogku ini yang tak diupdate bertahun lamenye..(macam lame benor) ;p
Sepanjang tempoh yang tak berapa lame itu, saya hanya memerhati dan memerhati dan memerhati blog-blog kalian..;p

Kemalasan ini mungin berpunca daripada..:

a- kesibukan pratikum
b- keyboard yang onar..(huruf K susah nak tekan)
c- tak ade bende nak tulis
d- lain-lain jawapan. _________ sila isikan sendiri.;)

Maklumlah bila dah jadi cikgu ni..mulut yang kene banyak bercakap...kalo tidak Learning Objective tak tercapai.. :)

Bila kita menjadi seorang guru, automatik kitalah yang ditugaskan untuk mendidik anak-anak murid kita sedaya yang mungkin..kadang-kadang tak semua perkara cikgu tahu.. contohnya; hari itu tengah mengajar topik Magnet.." Magnets can attract and repel", tibe2 ade budak bertuah tanya. " Teacher, macammana ye magnet ni boleh ade kuasa menarik iron?".
Alamak?! Saya yang kebuntuan sebab hanya ajar yang BASIC iaitu
South and South = repel,
North and South = attract
terus menjawab..(dengan penuh konfiden)

"Haaaaaaa.. bagus soalan awak!" ." Oleh sebab awak tanya, teacher bagi homework, balik umah..search kat internet..'How magnets is made', okay?. Nanti bole bagitau kawan-kawan". ;)

Dengan jawapan itu, masalah selesai. Tujuan saya menceritakan bukan bermaksud merendahkan potensi guru tetapi secara pengajaran bahawa kita adalah tidak sempurna. Perlu sentiasa belajar dan mengupdate diri kita supaya dapat menerangkan kepada yang tidak faham. Kadang-kadang penting kita study and study sebab ilmu Allah itu sangat luas.

Same juga dengan diri kita, jiwa kita, hati kita.. sentiasa perlu diupdate supaya tidak mudah sakit , malas dan lain-lain. Samelah macam antivirus, mungkin antivirus X 2009 kurang efisien digunakan dalam laptop pada tahun 2010. So, kite kena update atau tukar kepada antivirus X 2010. Betul tak?

Kesimpulannya , sentiasalah update diri kita supaya menjadi yang lebih baik daripada semalam..Kadang-kadang kita lupa, kadang-kadang ingat, sekejap kuat, sekejap lemah..sebab HATI manusia ini BERBOLAK-BALIK..

Drp Abdullah Bin Amru Bin Al-‘As (r.a) , dia berkata : Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda : “ Sesungguhnya hati-hati keturunan Adam , kesemuanya itu di antara dua jari daripada jari-jemari Tuhan Yang Maha Pemurah , Dia boleh sahaja membolak-balikkan ke mana-mana sahaja yang disukai-Nya “ . Seterusnya Baginda s.a.w pun berdoa : “ Wahai Tuhan Kami Yang Maha MEMBOLAK-BALIKKAN hati-hati kami , arahkanlah hati kami ke arah ketaatanmu “ .

Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim (rh) di dalam sahihnya , Kitab Al-Qadar :, Bab TasriflLah Ta’ala Al-Qulub Kaifa Yasha’ , No : 4654.

--> wahai yg membolak-balikkan hati manusia,tetapkanlah hati kami dlm ketaatan dan ad-din mu’