Alhamdulillah~ رمضان is HERE!
FArah | Thursday, August 18, 2011 | | 1 comments
Buih Sabun
FArah | Saturday, January 22, 2011 | | 2 comments
Salam ..
22 Januari 2011..
Hari ni merupakan hari Kejohanan Merentas Desa di sekolah adikku,Nani..
Kalo xtau sape Nani sila refer ke post sebelum ini ye..tq:)
Dan Nani mendapat NOMBOR 1 dengan catatan masa 4 minit 14 saat!
Apa??! Ni masa jadi bayi dalam perut mama slalu berlari ke??..
Tapi..tak taula catatan masa tuu untuk jarak berapa meter..hehe..
ok2..sebenarnya saya nak cerita benda lain..
Erm..sape penah main buih sabun? mesti penah kan..
ala..yang boleh buat buih-buih tu..
Siap ade lagu lagi..
Di kisahkan satu hari ni Nani ternampak la budak bermain buih sabun..
Sedang budak tu bermain buaian dengan buih sabun berbentuk ultramen tergantung di leher, boleh plak dengan tibe-tibe je Nani nak cabut buih sabun ultramen tuu dari leher budak tuu.. nasib baik tak putus leher anak orang..huhu..
Si budak Nani
FArah | Friday, January 21, 2011 | | 4 comments
Salam..
Post kali ini berlainan daripada biasa..
Apa yang LUAR BIASA tu..erm..
ok, skarang saya ingin bertanya satu soalan..
Siapa tahu apa itu ADHD?....
jawapannya : .................................
ADHD [Attention deficit hyperactivity disorder] ialah gangguan perkembangan dalam peningkatan aktifitas motorik anak-anak hingga menyebabkan aktifitas anak-anak yang tidak lazim dan cenderung berlebihan..
Sebenarnya saya mempunyai seorang adik ADHD iaitu Nani..
Nani seorang yang normal dari segi luaran tetapi adikku ini sebenarnya ialah seorang budak ADHD..
Kanak-kanak ADHD ialah seorang kanak-kanak yang SUPER luar biasa aktif, dan kadang-kadang boleh menyebbkan orang di sekitarnya pening kepala..haha.
Alkisahnya nani ini, dia suka membuat PROJEK!cthnya eksperimen, try and error dll..
Dimana bila dia buat projek, dia akan mengakibatkan sampah beterbangan dirumahku..huhu
Kadang-kadang benda yang dibuatnya akan menyebabkan kita pening, takjub, menggeleng-geleng dsb...
PROJEK 1
Pada pagi raya...semua orang sibuk mempersiapkan diri masing-masing, iron baju, mandi, sediakan breakfast dll..
TAPI, si Nani yang sudah lengkap berpakaian...sibuk mencari kertas mahjong yang besar, batang kayu dan watercolour..
Disebabkan semua orang tengah busy..tidak menghiraukan si budak kecik ini, hehe, so Nani mula membuat agendanya tersendiri..
........
10 minit sebelum pegi semayang raye..tiba-tiba adikku yang pertama menjerit...
MAMA, HARINI HARI KEMERDEKAAN JEPUN KERRR..!
Kitaorang pun segera keluar ke pintu pagar rumah..
Rupa-rupanya, kertas mahjong + watercolour tu.. Nani da buat BENDERA JEPUN... diletaknya sebesar kertas MAHJONG..di pagar rumah..
Di pagi raya plak..huhu.. andoiii la Nani..
Silap-silap boleh dibuang negeri ni..sebab pacak salah bendera..
Nani plak dengan selambenye gelak sambil berkata.. "Ohayou gozaimasu!" (selamat pagi)...
*yang kat atas ni saya pnjam jap dengan En. Google..
p/s : ermm..bile mase plak adik ak ni blaja bahasa jepun..huhu..
Tidak Cukupkah?
FArah | Saturday, January 15, 2011 | | 5 comments
Salam..
Setiap daripada kita mesti mempunyai perasaan tidak cukup..
Segala benda kita ada mesti memenuhi keperluan kita..BENARKAH?
Saya cuma ingin berkongsi sebuah cerita yang pernah saya dengar dan ia sntiasa bermain di minda saya apabila saya rasa TIDAK CUKUP...
Suatu hari saudara A berjumpa dengan saudara B..
Saudara A : Saya TIDAK PUAS HATI betul..
Saudara B : Mengapa sahabatku?
Saudara A pun bercerita, saya ingin meminta sesuatu dengan Allah...permintaan kecil sahaja.Tiap-tiap saya berdoa, solat malam, memohon kepada Allah.. tetapi tidak pernah
ditunaikan.. Saya bersedekah, membuat amal kebajikan..namun tetap tidak ditunaikan. TETAPI, sahabat saya, saudara C, sering lalai menunaikan solat, berbuat dosa, tidak pernah bersedekah..namun hidupnya senang..permintaannya sentiasa ditunaikan Allah! Kenapa?!
Saudara B pun berkata, wahai sahabatku yang dikasihi... Pernahkan kamu didatangi dengan pemuzik jalanan? Apa yang kamu buat jika yang datang kepada kamu suaranya tidak merdu, sumbang..bahkan peribadinya kasar?
Saudara A : Sudah tentu saya akan bagi wang cepat-cepat dan menyuruhnya pergi dengan
segera....
Saudara B terus bertanya, bagaimana pula jika yang datang..suaranya merdu, enak didengar..bahkan peribadinya menyenangkan kamu?
Saudara A : Saya akan menyuruhnya mengulang lagu-lagu yang sedap didengar itu dan memberinya ganjaran yang paling lumayan...
Saudara B pun tersenyum dan berkata.. Begitu jugalah dengan Allah...Allah sangat mengasihi hamba-hambanya yang sentiasa mengingatinya di setiap waktu, memohon dan meminta kepadanya..ibarat pemuzik jalanan yang bersuara merdu itu.. Allah rindu suara hambanya memohon dengannya dengan hati yang ikhlas..Allah suka mendengar suara kamu yang merintih-rintih di waktu hambaNya yang lain lena dibuai mimpi..maka Allah sntiasa mahu kamu mengulang-ulang apa yang kamu lakukan..sebelum memberimu ganjaran yang mungkin tak tergambar dimindamu..
Manakala, bagi hambanya yang memohon dengan hati yang tidak ikhlas, sentiasa melakukan sesuatu yang tidak disukai Allah, Allah akan segera memberinya kerana TIDAK SUKA untuk mendengar suara hambanya yang tidak ikhlas dalam memohon sesuatu... memohon apabila mereka susah sahaja....Allah itu Maha Adil..
Allah sangat sayang pada kita.. walau apa pun yang kita buat, ingatlah Allah, bacalah kalamNya..
Hasbi rabbi jallallah
Ma fi qalbi ghayrullah
My Lord is enough for me, Glory be to Allah
There is nothing in my heart except Allah
Cukuplah sahaja bagiku Tuhanku yang Maha Tinggi...
Tiadalah dalam hatiku selain Allah...
"Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar." At-Taubah: 129
الوالدان (Ibubapa)
FArah | Thursday, December 02, 2010 | | 0 comments
Sabda Nabi SAW, memandang ibu bapa (dengan kasih sayang),adalah ibadah. (Riwayat Abu Daud)
Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka
1-Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
2-Membaca Al-Qur’an sehingga menitis air mata.
3-Memandang wajah Ibu yang sedang tidur / sedar hingga berlinangan air mata
Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang ..
Rasullullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan ‘uh’, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun).” (Surah al-Israk ayat 23).
“Daripada Muawiyah bin Haidatal Qusyairi katanya aku bertanya Rasulullah SAW, siapakah orang yang paling patut aku berbuat baik?, Rasulullah SAW menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?, Rasulullah menjawab : ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa? Rasulullah menjawab: ibumu, kemudian aku bertanya lagi siapa?Rasulullah menjawab : bapamu, kemudian orang yang paling hampir denganmu dan seterusnya”.
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)
kredit to:
http://ibnismail.wordpress.com/
http://hafizfirdaus.com
p/s : berapa kali kamu memandang wajah kedua orang tuamu dalam sehari?
Menjadi seorang CIKGU
FArah | Wednesday, November 24, 2010 | | 4 comments
Izinkan saye berkongsi cerita tentang kemenjadian saya sebagai seorang CIKGU..
Pada asalnya CIKGU tidak menjadi satu pilihan kerjaya saya selepas SPM..
Sebenarnye saya seorang yang suka duduk buat kerja sorang-sorang ,tak ambil tahu hal orang lain dan lain2 lagi ciri yang tidak pernah saya fikir saya akan menjadi CIKGU..
Namun, Allah telah tahu apa yang terbaik untuk saya dan memilih saya sebagai salah seorang guru pelatih di IPG Temenggong Ibrahim..(dahulunya maktab). Perasaan takut mula timbul kerana saya akan pergi ke JOHOR..(jauhnyerrr).
Mula2 mendaftar ke maktb saye diarah untuk masuk ke kelas...?? (baru daftar da masuk kelas ek?). Nak tak nak saya dibawa ke kelas PISMP Sains. Masuk je kelas, saya tergamam sekejap sebab ternampak seorang artis di dalam kelas! (Zahid AF2)...hehe. Yang rupe2nye adalah zulfadhli julfekar..:p.
5 tahun setengah di IPG ini bukanlah jangka masa yang pendek.. banyak perkara yang dilalui di dalam kelas menyebbkan kadang2 saya tersenyum sendirian.. CIKGU mula menjadi satu perkara yang paling saya suka.. Saya suka berkongsi ilmu dengan murid yang comel, saya suka mendengar mereka memanggilku CIKGU, saya suka melihat telatah murid dan lain2 lagi..
Rakan dan teman turut bersama sepanjang 5 tahun setengah ini menyebabkan saya lagi kuat, kerana mereka selalu menggembirakan hati saya, memberikan kata-kata semangat, menegur saya, dan menjadi rujukan yang terbaik buat saya..untuk diceritakan semua, rasenya tak terluah .. tapi buat teman 8 Pismp Sains.. TERIMA KASIH..kenangan bersama kalian sangat indah . saya akan rindukan saat-saat bersama kalian~
Teringat sepanjang praktikum, saya dan rakan sepraktikum amat teruja jika dapat bertemu dan berjumpa dengan classmates Pismp Sains sewaktu makan, ditengah jalan atau kat mana2 tempat.. bagaikan sudah lama tak berjumpa.. tapi, itulah hakikatnya~
Rasenye macam baru semalam saya menjejakkan kaki ke makmal sains..mendengar classmates bercerita, memasang LCD, mendengar pengajaran pensyarah, mentertawakan rakan yang tertidur, dan lain-lain lagi..huhu. Really miss it!
Macam tak percaya bahawa tahun depan saya sudah tidak merasai lagi semua itu.. :(
Bak kata Azmil, kami ni ibarat pegi kelas, gelak-gelak , dapat degree..
didalam kelas..
classmates...
after we left..
Laskar Ramadhan
FArah | Thursday, August 26, 2010 | | 1 comments
"Ramadhan.
Mungkin kita kurang berjaya dalam ramadhan yang lalu…
Mungkin kita kurang dekat dengan Quran pada ramadhan yang lalu…
Mungkin kita terlalu kenyang selepas berbuka dalam ramadhan yang lalu…
Mungkin kita tidur lewat dan tak bangun qiam pada malam-malam ramadhan yang lalu…
BUT THIS TIME…
Ramadhan kembali lagi…
You choose.
TO WIN OR TO LOSE AGAIN." (http://laskarmentari.wordpress.com/)
Kata-kata ni di copy and paste daripada laman wen seorang sahabat :)
Sekadar untuk peringatan diri sendiri dan insan yang bergelar Muslim..
Dalam kita tak sedar Ramadhan cume tinggal separuh bulan sahaja lagi.
Sepatutnya mase inilah kita berlumba-lumba + perhebatkn lagi amalan kita.. InsyaAllah.
Ramadhan hanya datang sekali sahaja setahun..
Dan kita tak tahu adakah kita akan jumpe lagi Ramadhan pada tahun hadapan.
JOm! Lawan nafsu kita..
Ambillah masa sementara syaitan-syaitan telah diikat..
Jangan kita pulak jadi pengganti syaitan..Nauzubillah..
Masa masa terakhir ni lah kita akan diuji..
Jangan jadi orang yang tersungkur di tengah jalan.
Ramadhan masih berjalan.. Pintu syurga sedang dibuka!
Cari balik semangat ramadahan!
"Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."
Jom ramai-ramai..
Susun barisan saf kita..
Bersiap sedia untuk menjadi jundullah..
"Menjadi Laskar Ramadhan"
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (As-Saff 61:4)